Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

A-PUK

MENU UTAMA

VISI & MISI PUK

VISI PUK


MEREALISASIKAN TUGAS ULAMA SEBAGAI PEWARIS NABI (ورثة الأنبياء)


Click to see original Image in a new window

MISI PUK



  1. Melengkapkan ulama dengan ilmu, kemahiran dan siasah kepimpinan yang diperlukan

  2. Menetapkan visi Islam yang mesti dicapai oleh umat Islam, merancang serta menyusun strategi untuk mencapai visi ini.

  3. Memahami dan menganalisa permasalahan umat semasa dengan bijaksana

  4. Menyediakan ulama yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berintraksi di dunia realiti serta mendekati mad’u yang tersasar. 

  5. Membina sikap ulama dan umat yang positif supaya terus menerus bekerja menyelesaikan masalah yang hanya dapat ditangani dan diatasi dengan semangat jihad dan pengorbanan yang tinggi

  6. Membina sikap ulama dan umat yang melihat masalah sebagai peluang dan cabaran, bukan penghalang. 

  7. Mengatasi  kelemahan ulama dan membuang kekangan yang menjadi penghalang seperti kemahiran berorganisasi dan keengganan berjuang dalam wadah Ulama’

  8. Berusaha membasmi kejahilan umat

  9. Menyatukan saf, menguatkan perpaduan dan integriti ulama dan umat




SELAMAT HARI GURU

selamathariguru.jpg

TAWARAN PROGRAM KEBAJIKAN & KORBAN DI KEMBOJA DAN VIETNAM 1433

img50783f198b444.jpg
img50783ed3c97d4.jpg

 KLIK DISINI untuk muat turun borang

PUK di Facebook

 
 

PENDIRIAN PUK TENTANG ISU SEMASA UMAT ISLAM

 
PERISTIWA BALING KASUT KEDALAM MASJID

Kenyataan Akbar PUK



Persatuan Ulama Kedah (PUK) memandang berat peristiwa membaling kasut ke

dalam sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini seperti yang disiarkan

dalam akbar. Peristiwa tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana tidak

wajar dialakukan oleh umat Islam sebagai penghinaan terhadap masjid.

Baca seterusnya ....klik disini

 
 
TOLAK HUKUM ALLAH
BAPAK SEGALA FITNAH
 
 


Setiap para Rasul diutuskan ke Bumi ini untuk menegakan hukum Allah. Demikian juga Rasul terakhir Muhammad s.a.w menyambung tanggungjawab Rasul-rasul sebelumnya. Para sahabat dan ulamak meneruskan tanggungjawab tersebut dengan pelbagai pendekatan.

Baca seterusnya....klik disini

LAPORAN AKTIVITI PUK

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PUK BERSAMA TG HJ SALEH MUSA,SIK BERJAYA MENDEKATKAN MASYARAKAT KEPADA ULAMA

Sambutan yang diadakan oleh Persatuan Ulama Kedah pada 26 Februari 2012 (Ahad mlm Isnin) bertempat di anjung bangunan Darul Ulama, Derang berjaya menarik masyarakat mendekati ulama. Kehadiran begitu ramai dan di luar jangkaan sehingga ada yang tidak dapat duduk di atas kerusi. 

Majlis diserikan dengan bacaan burdah oleh pelajar Maahad Derang. YDP PUK Ust Yusuf Mahmud yang berucap menyentuh  teladan kepimpinan Rasulullah s.a.w dan menyeru hadirin menyertai PUK atau Sahabat Ulama.

Tn Hj Saleh menyampaikan ceramah dengan pendekatan yang amat berbeza tetapi cukup menarik dan berkesan. Beliau memulai dengan ceramah mengenai kelebihan sambutan maulid dan kelebihan ulama  kemudian diikuti dengan huraian sirah wal iktibar melalui bacaan rawi buku berzanji yang disampaikan oleh murid beliau dari satu bait ke satu bait hingga kelahiran baginda s.a.w. Sampai sahaja detik nabi dilahirkan semua hadirin diminta bangun dan berselawat beramai-ramai diketuai oleh kumpulan marhan pondok beliau, Madrasah Arrahmaniah. Kemudian ceramah diteruskan hingga tamat hampir 10.30 malam.

Di antara amanah beliau yang penting ialah masyarakat wajib mendekatkan diri kepada ulama, mempelajari ilmu dari mereka dan membantu mereka. Beliau juga menyarankan supaya memperbanyakkan pusat pengajian pondok agar Islam dapat disebarkan dengan meluas dan segala fahaman yang menyeleweng atau ajaran sesat dapat dihapuskan.

Di sampng itu beliau mengajak masyarakat mempertahankan kerajaan Kedah yang ada supaya kerajaan mendapat kuasa yang mantap yang  dapat memperkukuh dan mendaulatkan Islam seperti mana yang dicita-citakan.

Lihat Album gambar aktiviti.

 

 *****************************************************************************************************

 

 

LAPORAN PROGRAM JOM BUAT KEBAJIKAN DI KEMBOJA DAN VIETNAM 1432/2011

Anjuran bersama PUK,SM Sains Sultan Mohamad Jiwa Sg Petani dan Masjid Al-Muhsinin Kg Raja, Sg Petani.

Wakil PUK yang pergi ke sana ialah Sdr Roosli Md Salleh, Sdr Ust Ahmad Kamaluddin (Ust Kamal), Ust Amir, Edi dan Hj Shariff.  Seramai lebih 200 peserta yang menyertai korabn/akikah untuk 33 ekor lembu dengan nilai lebih RM60,000.00 dapat dikumpulkan termasuk derma.

 Aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Sebanyak 28 ekor lembu disembelih di Kemboja  dan  5 ekor di Vietnam).

2. Bantuan pakaian juga dapat disampaikan kepada beberapa kampung di Kemboja dan Vietnam.  

3. Bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama, guru agama dan duit raya kepada fakir miskin dan kanak-kanak dijalankan dengan lancar.

Program ini akan disambung pada Disember dan tahun hapapan.

Kepada umat Islam yang perihatin yang berhajat untuk memberi bantuan susulan dan korban/akikah pada tahun 1433, boleh sila hubungi :

Ust Kamaluddin, Derang (013-4250840)

Ust Alias Che Nus, Sg Petani (0195755596)

Tn Hj Mustafa (PAKSI, Sg Petani) (012-4105705)

Ust Mohd  Noor Zakaria (013-4224079)

Bantuan terus boleh masukkan  wang ke dlm bank BIMB: 02020010064838 kemudian poskan slip bank ke alamat Masjid al-Muhsinin Kg Raja 08000 Sg Petani, Kedah.

TERIMA KASIH DAN JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA KEPADA SEMUA AJK, PETUGAS DAN PENYUMBANG. BERKAT INSYA ALLAH.

PERMOHONAN AHLI KOPERASI PUK

BORANG PERMOHONAN AHLI KOPERASI PUK 2012, UNTUK MUAT TURUN SILA KLIK DISINI


 

MESYUARAT AGUNG
KOPERASI PESATUAN ULAMA BHD

5 MEI 2012 (SABTU)
 

9.00 PAGI
 

DI DARUL ULAMA, DERANG.

Semua ahli dijemput hadir

RSS blog PUK (www.persatuanulamakedah.blogspot.com)

PENGUMUMAN

 

MUKTAMAR PERSATUAN ULAMA KEDAH 1432 HIJRI

YANG DIPERTUA dan semua AJK PUK menjemput semua ahli menghadiri dan mengikuti Muktamar PUK tahun 1432 Hijri /2011 yang akan diadakan pada 18 Jun 2011 (9.00 pg) di Darul Ulama, Derang (Bangunan PUK). Dijangka beberapa usul penting akan diluluskan untuk kepentingan perjuangan Islam.  Pada sebelah petang Dr Abdul Aziz Hanafi akan membincangkan topik penting. Harap semua ahli tidak menguzurkan diri.

 


JOM MASUK KOPERASI PERSATUAN ULAMA KEDAH (KOPUK)

Koperasi Persatuan Ulama sedang mengadakan kempen menganggotai koperasi PUK kepada umat Islam khususnya di Kedah. Dapatkan broser dan borang dari Setiausaha di alamat Masjid al-Muhsinin Kg Raja, 08000 Sg Petani, Kedah. Pendaftaran hanya RM10.00 dan saham awal/minima RM100 sahaja atau hubungi Pengerusi Hj Mustafa Mahmud (012-4105705) atau Ust Alias Che Nus (019-5755590). Sertailah KOPUK demi membantu ekonomi PUK.

Anda boleh masukkan wang ke dalam akaun koperasi kemudian poskan borang kepada SU koperasi di alamat di atas.atau email kop : koulama@gmail.com
 

 


PROGRAM RM1.00 SEBULAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN

PUK ingin merayu umat Islam melalui imam-imam masjid khususnya dinegeri Kedah agar membuka Tabung Palestin Sepanjang Zaman. Umat Islam disarankan menderma atau berkorban wang hanya RM1.00 sebulan dengan cara memasukkan wang ke dalam tabung yang disediakan oleh pihak masjid. Tiga bulan sekali, imam dikehendaki memasukkan wang tersebut ke akaun PUK untuk dihantar ke Palestin. PUK memberi jaminan wang itu akan digunakan untuk perjuangan umat Islam Palestin dan kebajikan mereka. Jazakallah kepada yang perihatin.

 


PROGRAM JOM BUAT KEBAJIKAN DAN KORBAN DI KEMBOJA 1431/2010

SEBANYAK 21 EKOR LEMBU BERJAYA DILAKSANAKAN SEBAGAI KORBAN/AQIQAH DI BEBERAPA BUAH KAMPUNG DI SANA. SUMBANGAN WANG RINGGIT DAN PAKAIAN JUGA DISAMPAIKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TERTENTU. KUTIPAN WANG RINGGIT MELEBIHI RM10,000. KLIK DISINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA...

TAWARAN PROGRAM KEBAJIKAN & KORBAN DI KEMBOJA DAN VIETNAM 1431

TAWARAN PROGRAM KEBAJIKAN & KORBAN DI KEMBOJA DAN VIETNAM 1431 (Tempat Umat Islam Yang Sangat Miskin) ANJURAN : PERSATUAN ULAMA KEDAH (PUK) dan MASJID AL-MUHSININ Satu bahagian: RM250.00  Diperlukan : 20 ekor lembu (Lebihan dari kos korban akan digunakan untuk mengadakan jamuan dan kebajikan yang lain) Sumbangan lain diperlukan: wang ringgit untuk membangunkan sekolah agama dan membiayai guru, kain pelikat, kopiah, kain telekung dan tudung kepala. Akan diserah oleh rombongan ke sana. Penyertaan rombongan dialu-alukan. Tarikh 15hb. hingga 24 Nov 2010. Hubungi Ust Kamal Derang (019-5645923), Ust Amir Derang (019-4404173). Di Sg Petani; Ust Alias (019-5755596), Roosli (019-4634749), Hj Mustafa (012-4105705) Borang penyertaan boleh didapati di pejabat PUK, Pejabat Masjid al-Muhsinin Kg Raja Sg Petani, Kedah atau muat turun dari laman ini. SILA KLIK DISINI. Tarikh tutup: 10 November 2010. Penyertaan rombongan korban ke Kemboja juga dibuka untuk penyertaan orang ramai melalui jalan darat selama 8-10 hari. Bertolak 15 Nov 2010. Hubungi En Roosli atau Ust Alias.


PENGUMUMAN

SELAMAT BERIBADAH PADA MALAM AL-QADAR[/size][/font] (MLM 21-30 RAMADHAN)

Pautan berkaitan Malam Lailatul Qadar seperti di bawah;

1. Sikap Muslimin Terhadap Lailatul Qadar

2. Mencari Lailatul Qadar

3. Kehebatan Malam Al-Qadar

4. Pencarian Lailatul Qadar

5. Malam Al-Qadar

6. Lailatul Qadar

LAJNAH PENERBITAN PUK KELUAR BULETIN KHAS RAMADHAN & RISALAH RAMADHAN . DAPATKAN DRP UST ALIAS (019-5755596) ATAU HJ MUSTAFA (012-4105705).
KLIK DISINI

Click to see original Image in a new window
PUK ANJUR FORUM EHWAL ISLAM DGN KERJASAMA MASJID AL-MUTTAQIN TAMAN RIA, SG PETANI



TARIKH : 1 JULAI 2010 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK
TEMPAT : MASJID AL-MUTTAQIN TAMAN RIA, SG PETANI
TAJUK : ISRAK MIKRAJ: PENGAJARAN YANG MENAKJUBKAN

PANEL:
1. UST ABU KHAIR AYOB, AJK PUK, GURU MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH DERANG. (PENGERUSI)
2, UST YUSUF MAHMUD, YANG DIPERTUA PUK
3. UST HAFIZ MUSTAFA LUBIS, YDP ABIM KEDAH
SEMUA DIJEMPUT HADIR. HEBAHKAN KEPADA RAKAN/SAHABAT

VIDEO

CERAMAH / KULIAH / LAIN-LAIN
Perasmian Perletakan Batu Asas Wisma PUK

1. Perasmian 1

2. Perasmian 2

BULETIN TERKINI PUK

AUDIO

CERAMAH & KHUTBAH

GAMBAR TERKINI

BANJIR DI DERANG - LUAR BIASA

Derang dalam Daerah Pokok Sena Kedah turut terlibat dalam peristiwa banjir baru-baru ini. Ia di anggap luar biasa oleh sesetengah penduduk di Kedah. Perbandingan pada banjir yang melanda pada tahun 2005 adalah di paras 1 1/2 kaki namun pada tahun ini (2010) mencecah ke paras 4 kaki dan di setengah kawasan hingga melepasi bumbung dan menenggelamkan rumah. Hampir 80 buah rumah ditenggelami air termasuk juga sebuah sekolah rendah Agama Derang melibatkan seramai 600 orang pelajar dan 40 orang guru agama. Menurut mudir Sek. Men. Agama Derang, Tuan guru Ustaz Abd. Majid. kerugian harta benda dianggarkan berjumlah RM200,000.00 . Walau bagaimanapun Sek Men Agama Derang sendiri tidak terjejas kerana terletak di kawasan yang agak tinggi. Persatuan Ulamak Kedah (PUK) dan Masjid Al-Muhsinin Kg Raja, Sg Petani, Kedah sedang melancarkan kutipan Dana Bantuan Banjir Derang. Sumbangan dari orang ramai amatlah dialu-alukan terutama untuk menggantikan bahan/peralatan yang rosak seperti kerusi, meja, almari, komputer dan lain-lain..

Sumbangan boleh dihantar ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 2011010004710 
 

6.jpg 

Hj. Mustapa selaku pengerusi lajnah ekonomi PUK sedang menyampaikan sumbangan kepada wakil Mudir Sek. Men. Agama Derang, Ust Kamaluddin Abdul Majid (gambar). Lagi gambar-gambar persekitaran banjir Derang pada 1.11.2010 KLIK DISINI....

DEMI MASA

MAHU MEMBANTU PUK?

MASUKKAN WANG ANDA TERUS KE AKAUN BANK-BANK BERIKUT:- * SUMBANGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN: BIMB : 2011010004710 * SUMBANGAN BANGUNAN: CIMB: CIMB: 02100000068102

Who's Online

8 user(s) are online

Members: 0
Guests: 8

more...

New Members

OMaira 2012/11/6
Nasir 2012/9/29
Hafez 2012/3/24
aziz 2011/10/18
firdausk 2010/12/1
shaari 2010/8/14
yusufmahmu 2010/5/30
Admin 2010/4/21
aliasnus 2009/2/16

KEHADIRAN TETAMU

:: MEMERLUKAN SUMBANGAN ::