Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

A-PUK

MENU UTAMA

SOALJAWAB AGAMA

SOALJAWAB AGAMA

Soalan: Ada orang berkata agama menjadikan kita bersikap tawakul (pasrah) dan tidak bersistem. Apakah kenyataan ini berasas ? Dan apakah pendirian Islam dalam hal ini ?

Jawapan:
Islam adalah agama yang sistematik, ia adalah agama yang mengajar penganutnya semenjak dari awal lagi agar melakukan tugas dan kerja mereka dengan kemas dan tertib, menyusun masa mereka dan berpegang dengan disiplin dan peraturan. Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi dengan penciptaan yang unik dan kemas, menyusun pergerakan setiap sel dan jisim dan menjadi setiap sesuatu mengikut ukurannya, Allah telah mengajarkan kita agar hidup teratur kerana tanpa aturan langit dan bumi akan binasa dan akan binasa segala apa yang ada di dalamnya.
Rasulullah adalah suri tauladan yang sempurna dalam masalah pengurusan, beliau tidak mencampuradukkan satu kewajipan ke dalam kewajipan yang lain, tidak memasukkan satu urusan ke dalam urusan yang tidak berkenaan dengannya dan beliau tidak mendahulukan satu pekerjaan dari masanya atau menangguhkan pekerjaan hari ini kepada hari esok. Dengan demikian beliau sebenarnya telah mengajar kita agar menjaga peraturan.
Seandainya kita merujuk kepada al-quran dan memerhati perbincangan  mengenai kewajipan  agama nescaya kita akan mendapati Ianya mengajar kita berperaturan dan menjaga waktu. Al-quran menyebut tentang sembahyang yang merupakan ibadah harian:


Ertinya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.

 

Sembahyang adalah kewajipan yang tertentu waktunya, setiap sembahyang mempunyai masa permulaan dan masa berakhirnya, oleh itu tidak boleh seseorang itu sembahyang sebelum waktunya atau setelah habis waktunya.
Allah SWT telah menentukan puasa (wajib) itu mempunyai waktu dan tempoh tertentu yang wajib dipelihara dan dihormati. Firman Allah SWT:


Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu.
Al-Baqarah: 183 - 184

 

Text Box: Soal Jawab Agama  Kelolaan: Ustaz Mustafa bin Abdullah
Setelah itu Allah meneruskan dengan firmannya:


Ertinya:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.

 

Maka Allah SWT pada mulanya telah menyebut bahawa puasa itu adalah pada hari-hari yang tertentu, dan bukan yang tidak diketahui atau tidak tertentu. Kemudian dikukuhkan penentuan itu dengan menjelaskan bahawa hari-hari tersebut adalah Bulan Ramadhan yang dimaklumi.

Zakat pula ditunai pada saat dan waktu tertentu. Apabila berlalu setahun terhadap harta simpanan maka wajib ke atasnya zakat. Begitu juga tanaman diwajibkan ke atasnya zakat pada waktu yang ditentukan, iaitu waktu menuai. Al-quran telah menyebut tentang perkara ini:


Ertinya:
Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya
Al-An’am : 141

 

Maka firmanNya hari menuai adalah penentuan kepada waktu menunaikan zakat. Inilah yang dinamakan system.

            Sedangkan haji pula dilaksanakan pada waktu tertentu dan terbatas. Tidak diterima haji berkenaan sebelum waktunya atau selepasnya. Sebab itulah Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah:


Ertinya:
(masa untuk melaksanakan) ibadah haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.

 

Maka Allah telah menjadikan ibadah haji itu pada bulan-bulan yang tertentu, iaitu: Bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Demikianlah Al-quran telah memandu pada setiap ketika ke arah sistem. Kewajipan agama dengan syarat-syarat dan waktunya menunjukkan tentang peraturan. Saf-saf di dalam sembahyang menggambarkan tentang ketertiban. Imam-imam dari dalam mihrab mengarahkan kepada makmumnya: betulkan saf kamu kerana membetulkan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang. Oleh itu jelas sekali bahawa Islam itu agama yang mengajarkan disiplin kepada umatnya.

 



DEMI MASA

Who's Online

1 user(s) are online (1 user(s) are browsing Content)

Members: 0
Guests: 1

more...

New Members

Nasir 2012/9/29
Hafez 2012/3/24
aziz 2011/10/18
firdausk 2010/12/1
shaari 2010/8/14
Mechatronic 2010/4/22
aliasnus 2009/2/16

:: MEMERLUKAN SUMBANGAN ::