BERITA PUK

PROGRAM JOM BUAT KEBAJIKAN DI KEMBOJA DAN VIETNAM

PUK BERSAMA MASJID AL-MUHSININ KG RAJA SG PETANI KEDAH TELAH MENGANJURKAN PROGRAM TERSEBUT PADA 16 HINGGA 23 NOVEMBER 2010. PROGRAM INI MERANGKUMI PENYEMBELIHAN KORBAN/AQIQAH SUMBANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA, BANTUAN WANG KEPADA SEKOLAH AGAMA,  GURU-GURUNYA DAN FAKIR MISKIN DI BEBERAPA BUAH KAMPUNG DI SANA. BANTUAN PAKAIAN YANG BERUPA KAIN PELIKAT, KOPIAH, KAIN TELEKUNG DAN TUDUNG KEPALA JUGA DISAMPAIKAN DI KAMPUNG TERTENTU.

PROGRAM INI DISERTAI OLEH SETIAUSAHA PUK, UST KAMALUDDIN ABDUL MAJID, UST ALIAS CHE NUS, SDR ROOSLI MD SALLEH SEBAGAI PENGURUS SERTA HJ (CIKGU) SULEIMAN ABDULLAH DARI TAMAN MUTIARA SG PETANI.

SEBANYAK 21 EKOR LEMBU TELAH DISUMBANGKAN OLEH MUSLIMIN/MUSLIMAT MALAYSIA DAN DISEMBELIH OLEH WAKIL PUK DI BEBERAPA BUAH KAMPONG SEPERTI DI SEAMREAP ( 2 EKOR ), KG KOHSODIN ( 4 EKOR ), KG CRU. TRANG ( 4 EKOR), KDOL ( 4 EKOR ), PNOM PENH DAN SEEKOR  SEBAGAI AQIQAH DI VIETNAM. SDR ABDUL RAHMAN YANG PERGI SECARA INDIVIDU JUGA MEMINTA PIHAK PUK MENYEMBELIH 4 EKOR LEMBU KORBAN YANG DIUSAHAKANNYA SENDIRI.

PIHAK PUK JUGA MENDAPAT SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN PEMBINAAN SEKOLAH DI KG KDOL. SUMBANGAN ORANG RAMAI MELEBIHI RM10,000.

PUK DALAM PERBINCANGAN DENGAN GURU DAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA DAN KELAS FARDHU AIN DI KG KDOL DAN MASJID KG KOHSODIN BERSETUJU UNTUK MENCARI SUMBER KEWANGAN BAGI MENERUSKAN PENDIDIKAN ISLAM DI SANA DALAM BENTUK SUMBANGAN BULANAN YANG AKAN DIKUTIP DARI INDIVIDU DAN ORANG RAMAI.

SEMOGA SEMUA SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DITERIMA DAN DIBERI GANJARAN YANG BESAR OLEH ALLAH TAALA.

BERIKUTNYA PUK DAN PIHAK MASJID AKAN MENGHANTAR SDR ROOSLI MD SALLEH KE KG KDOL SEKALI LAGI BAGI MENERUSKAN DAN MENYIAPKAN PEMBINAAN DUA BILIK KELAS SEKOLAH AGAMA DI SANA. SEMOGA BERJAYA.

GAMBAR-GAMBAR DALAM ALBUM KLIK DISINI.... 


 

BICARA MUFTI

Tarikh: 23 April 2010 (Jumaat)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa, Sik

Kehadiran:

1. Dato' Badaruddin Hj Amah, Mufti Kerajaan Negeri Kedah

2.Tn Guru Hj Salleh Musa

3.Tn Guru Ust Awang Lanai

4.Ust Yusuf Mahmud, YDP PUK

5.Semua AJK PUK

6.Muslimin dan muslimat memenuhi ruang dalam surau Pondok Hj Salleh

ATURCARA:

1. Ucapan Aluan Naib YDP PUK, Ust Abu Bakar Lebai Mat

2.Ucapan Wakil Pondok, Ust

3.Ucap Utama Mufti Kerajaan Negeri Kedah

4.Sesi bergambar bersama Dato' Mufti dan Tn Guru Hj Musa

Pada majlis ini juga diedarkan buletin PUK (Al-Wa'yu) yang dikeluarkan oleh Lujnah Penerbitan PUK kepada hadirin.

 

This article comes from puk.mkgraja.com
http://puk.mkgraja.com

The URL for this story is:
http://puk.mkgraja.com/modules/content/index.php?id=3